Ok, hari ni nak cerita pasal second day dekat Krabi. Maklum la nak cerita satu entri nanti panjang bebenar.Aku kalau boleh semua gambar nak upload. Hehe sebab macam semua cantik-cantik. walaupun bukanlah reti amek gambar pun. Semua pakai bantai je. Tengok sini klik! tengok sana klik!.
So, watch out apa aktiviti hari kedua di Kekekekerabi! (nada gwiyomi)
Menunggu transport. Jangan salah lagi ye. |
So dalam pukul 8pagi kiteorang dijemput.
Menaiki apa? naik kenderaan begini. aku pun tak tahu ni panggil apa. Yang penting open air.
Registration untuk ke Phi Phi Island |
Kami naik speed boat nak ke Phi phi island dari Noparathara Beach. Muka aku macam mintak pelempang je tau! Die hengat die cantik?????
So lets go. Ini yang rombongan cik kiah kita ni.
Speed boats is waiting to bring us!
Cantik |
Cantik kaaaann??? |
Oh My God |
Yeahhhh!! |
First time tau aku nampak gamat hidup. Tersesat kat tepi laut. Nak pegang geli.
Muka-muka kaki jalan. Lepas ni tak tahu lah nak melayan korang kemana pulak. |
Bad Rock.
Monkey Bay.
Nama tempat sama macam kat Tioman.
The center of Phi Phi Island |
Dekat sini la, dia akan turunkan kita maybe nak shopping ke, makan ke, tukar baju ke. So boleh la merayap.
Ni bukan reti nak tukar baju kering, makin mandi adooo
In front of Cabana Hotel
Poskod umah kite kek Kulai. 81000
Wow, ada gambar bogel. Haaa terus mata ko mencari eh
Ok, kalau dah sampai center of Phi Phi Island korang tak puas lagi berjalan, kat sini still ada kedai yang tawarkan pakej untuk berjalan, boleh la amek pakej untuk pergi tempat-tempat yang dia sediakan.
Tak tahula ni gigi apa, macam gigi jos.
Ok, last pic dekat Phi Phi Island, so jom balik ke hotel kat Ao Nang.
Pemandangan depan balkoni hotel di petang hari. So bawah tu melambak kedai makan, korang tinggal pilih je. Nak masuk bar, halal, tak halal. Tapi kena pandai pilih ye. Mc donald ada, tapi tak berani masuk.
Lepas balik dari Phi Phi Island, kiteorang yang tak reti penat ni terus mandi-mandi siap sebab nak tengok sun set kat Ao Nang Beach pulak. Tapi kali ni kita sewa motor, nak jalan kaki macam semalam nye memang tabah kan??
Masa kiteorang tengah tulis Krabi tu, ada budak kecik kat sebelah tu pun sama buat. Anak Mat Salleh kalau tak silap.
Selamba hokeh ko tak pakai helmet.
Sun set kat Ao Nang Beach
Makin gelap. Hari kian malam dan kita...
macam biasa sebelum berjalan kat kedai-kedai souvinier kat Ao Nang, kita pekena pancake. Selagi ada kat Thailand ni makan la apa yang diorang sebok war-warkan kan.
Dah lepas duduk tepi pantai makan, borak-borak, gelak, kita pun balik untuk aktiviti hari ketiga pulak.
Hoyeh,,jom la melancong ke Krabi. *promote tetibe
Ok Bye