Thanks bor
Wednesday, 23 May 2012
Sunday, 20 May 2012
Boyfreind curang harap maklum ye
"Satu pacar, pacar yang setia,
Bila cewek selingkuh harap digantung saja,
Bila cowok selingkuh harap dimaklum saja."
Sebenarnya tu antara lirik lagu yang aku dengar dari lagu kat youtube dari pengamen indonesia. Pengamen means penyanyi jalanan. Macam mana entah aku boleh terplay pulak video tu. Firstime dengar lirik tu tergelak aku.
Yang tak menahan bila lelaki curang harap dimaklum. Ewah-ewah. Mentang-mentang yang nyanyi lelaki.
Saturday, 19 May 2012
Membaloi dengan Dominos Pizza
I just received call from Ezzaty Sokka, dia tanya aku ada beli promotion Dominos Pizza ke tak. Kalau aku tak beli, dia tak bagi aku beli sebab dia dah beli. Padahal aku beli dari pagi tadi, dah lama. Aku tengah update blog ni nak surprise kat minah tu yang aku ada beli sebab dia nak belanja Dominos esok. Rupanya dia pon beli, kan dahhhh. Dah la banyak, aku selalu pergi melantak memang dengan dia. Yang aku pon tak bagitahu awal-awal, budget nak, " surpriseeeeeeeeeeee!!!! Aku ada promotion pizza banyakkk murah-murah pulak tu. Pilih-pilih je sokka." eeee spoil lah kejutan aku tak menjadi pon! Kah kah kah
Aku sekarang memang peminat Dominos dah. Aku macam dah lupakan Pizza Hut. Sedeyy!!! nak nangiss!! Masa celebrate Mother's Day hari tu sebenarnya aku nak ajak kat Dominos tapi abang aku nak makan saladlah, chicken chop, spagheti Pizza Hutlah. Huh, Ikut saja lah bah. Bukan sia yang keluar duit tuh.
Okeh boleh pilih apa-apa je flavor pizza yang ada. Memang sedap Dominos, sebab lecturer kelas Advertising aku suka order Dominos waktu kelas. Dia belanja pulak tu setiap kali makan. Memang sempoi lecturer aku tu.
Pilih je.
Taraaaa!!! banyak kan? Macam-macam set. Memang sangat lah berbaloi beli ni. Lepas tuh Dominos dah lah tak charge delivery. Masa korang order delivery, doalah yang pizza akan sampai lepas 30minit, sebab kalau lepas 30minit korang masih belum deliver pizza, dia akan bagi kupon free pizza. Yeah, ohsem. That is why i fall in love with Dominos Pizza.
Keluaran kupon promosi yang kali ni expired 30 September 2012. Sangat lah berbaloi beli kupon-kupon ni dengan harga RM20 sahaja, jumlah penjimatan RM 490. Dapat free regular pizza lagi. Boleh redeem bila-bila masa.
Tuesday, 15 May 2012
Pembeli masa
Sekarang, sebanyak mana duit yang kau ada, sekaya mana kau, sehebat mana kau, satu benda yang kau tak boleh buat ialah membeli masa yang dah berlalu.
Sekarang baru kau tahu, betapa banyak masa yang kau dah hambur-hamburkan macam tu je. Aku dah kena hantar final thesis next week, tapi aku baru nak key in data. Sekarang baru aku tahu setiap minit sangat berharga. Malam ini biarlah sepi yang menemani aku key in data dalam SPSS, aku korbankan waktu ku untukmu atas keterlanjuran aku selama ini yang tak mempedulikan mu, thesis.
Sekarang baru kau tahu berperang dengan masa boleh buat kau tertekan.
Monday, 14 May 2012
Add remove add remove add remove
Kau memang tak profesional pada kat mata ini
Apa yang kau nak, siapa engkau
Sebelum nak bercakap orang itu ini, pandang diri,
Adakah aku sudah cukup matang?
Apa yang kau nak, siapa engkau
Sebelum nak bercakap orang itu ini, pandang diri,
Adakah aku sudah cukup matang?
Tu je la yang kau tahu
Aku kadang-kadang dekat rumah masak tau. Sebab aku memang sangaaat lah rajin didapur. Pitam sapa yang kenal aku lepas tu baca statement ni. Tahu tak aku sangat suka masak apa. Jeng jeng jeng
Sawi masak sos tiram |
Sangatlah menjadi kegemaran aku sawi masak sos tiram ni. Serius aku suka, tak ada ayam, tak ada ikan pon tak kesah. Ada lauk ni saja pon aku boleh makan bertambah. Lagi-lagi tangan sendiri yang masak, phewww! ok, ni dah tahap nak up kan diri, sila abaikan.
Friday, 11 May 2012
Dari kawan yang baik.
Aku dapat entri ni dari satu kawan aku sebab aku jalan-jalan pergi blog dia. Entri ni sangatlah dah bertahun-tahun yang lepas, so harap maklum gambar aku pun masih lama. But the important thing is, it make me feel inside. Even dia lelaki, dia juga tahu menghargai apa itu kawan yang baik.
--------------------------------------------------------------
KAWAN YANG BAIK- Bukannya senang nak cari kawan yang baik . Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik . Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya. Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya. Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baik nya untuk mencapai kejayaan.
Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia. Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan. Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira. Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa. Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada disisinya. Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan kawan yang baik .
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai kawan baik , kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya. Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.
Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita. Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya. Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya.
Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka- suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baik nya. Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik ...kepada kawan baik kita. Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik..
kawan yang baik ketika masa untuk sukaria.
kawan baik ketika merenung ape sahaja.
kawan baik ketika jalan bersama.
kawan baik ketika makan bersama.
kawan baik ketika susah or senang.
kawan baik ketika lapar.
kawan baik ketika mandi paya.
Inilah kawan baik samada senang or susah kite sentiasa bersama
walaupun jauh di mata..
sekiann.
--------------------------------------
Yes, sure, we are good frens. :)
From primary school till now we are together for every moments
Darjah 1 -1996 |
Muka sangatlah budak-budak 7tahun semua. Kalau korang tengok betul-betul, korang akan cam muka sorang-sorang bila dah dewasa, sebenarnya bukan dewasa, muka tua diorang dengan gambar-gambar kat atas.Sekarang bertambah tua mungkin dah ada kedut sorang-sorang sebab umur masing-masing dah 23tahun.
Darjah 4- 1999 |
Darjah 6 - 2001 |
Graduation darjah khas sekolah agama juga bersama |
Sekolah menengah juga bersama. Pojan tak boleh blah nak tutup muka, muntah rainbow kalau nak kata dia pemalu. |
Suka sesat di KL
Ini adalah entri terbasi yang ada dalam draft, tapi aku nak update jugak walaupun dah berbulan lepas sewaktu kejadian. Aku tak kira aku nak hapdate jugak. Perghhh batak gila, asyiiiikkkk sangat leh tu mood nak update blog. Tapi bila sampai tahap pemalas, memanglah aku tak sentuh langsung.
Kalau internet kat mana-mana laju macam cable bilik aku, 1jam 2kali pon aku boleh update. haha. Upload gambar bukan main laju. Bagus betul UTM tercinteeee ni ek.
Daaahhh, aku nak update pasal jalan-jalan KL. Dah banyak kali pergi da, tapi kali ni aktivitinya pack sebab kiteorang ada sorang budak kecik yang bersemangat kalau bab-bab makan dengan jalan. Padan muka ko pojan, dah lah pagi sebelum bertolak pukul 4lebih dah kejut orang. Kejut kalau beretika tak pe, ni call orang, aku baru cakap "hello, pojan",dia terus "bangun!!! baris sedia!! angkat tangan". Kalau dia ada dekat ngan aku memang aku da ketuk dah dia. Rosak pendengaran aku tahu.
Masak sardin lupa nak letak garam. Fail nak kahwin.
Ni la orang yang bersemangat jalan, baru sampai tak nak rehat, terus nak berjalan tapi bila dalam keta dia lah orang pertama yang fill in the blank. Pojan, bangun! baris sediaa!! Ni kalau aku balas dendam kejut dia cenggitu mau terkejut.
Tengok! Nak travel takmo guna LRT, nak guna kereta. Lepastu tak tahu jalan di KL, memang main terjah je. Try and error memang banyak kali. GPS pon takdo hoi, yang ada cuma buku travelouqe, tulis direction ke destinasi. Euuu, semua da pakai GPS, we olls catit guna buku. So traditional method khenn. Ada aku kesah? hahaha. Padahal nak cover malu.
Aquaria KLCC |
What the fish terpilih gambar blur pulak. Viaq pi lah.
Belangkas |
Dinner at foodcourt KLCC |
Budak Jb datang KL memang perlu bergambar kat sini walhal orang KL da tak heran dengan KLCC ni.
Looks like aku berjubah pulak |
Istana Negara |
Sepanjang jalan KL, selalu dilema nak pilih jalan bila dah tak ikot direction di buku. Sebab tak ada sorang pon tahu betul jalan KL, biasa pergi kiteorang jalan guna LRT je.
Jalan Masjid India |
Aktiviti hari tu adalah main ice skating kat Sunway Pyramid. First time main nih, harga tiket kalau tak silap RM35. Masa mula-mula masuk memanglah terasa diri ini sungguh kerdil dan rasa macam orang kampung gila sebab tak reti main ni. Asyik jatuh je lepastu kena pegang dinding je. Tapi lama-lama ok. Dah boleh bawak lari-lari. Sape-sape yang pergi KL wajib cuba main ice skating.
Our shoes cool rite? |
Masa ni dah budget terer dah boleh lari-lari dah atas ice. Tak heran lah dna, orang lain siap boleh menari pusing-pusing tak der pon batak nak citer kat blog. heeeeeeee
Dah puas main ice skating, dengan seluar basah tu....
Meat ball IKEA |
Sebok nak menyelodok! |
Happy nya kamu semua eh? |
Semua pandai berlakon |
Satu plate besar ni RM50/RM55. Semua benda sedaaap. Memang licin makan ni.
Hari ketiga habiskan masa tenaga dan wang ringgit di Sunway Lagoon! Harga tiket lupa, tapi dekat-dekat RM70 ke bape ek. Tak ingat. Yeah ohsem lah. Gambar permainan tak banyak sebab bila nak main semua, tak ada masa nak pegang kamera. So kamera kena simpan dalam locker.
Motip tema baju nak Malaysia. |
Makan buffet kat Sunway Pyramid. Nama restoran tak hengat. Kenyang sangaat weh, balik boleh membuta kekenyangan. Tapi sayangnya tak berapa sedap.
Balik makan terus pergi berjalan ke IKEA lagi sebab nak beli barang-barang kat IKEA yang comel. Aku beli konon nak guna untuk rumah, lepastu barangnya mak aku letak atas gobok je tak berusik pon sampai sekarang. Sedih je aku beli mak aku tak nak guna. Wakakaka
Muka aku berlagak pakai spek Pojan |
Balik tu kiteorang jalan Melaka, padan muka Azmi tak ikot, sapa suruh balik Pahang. Balik lah bersama-sama ke Jb yang indah ni.
Total perjalanan pergi balik KL, tapi mula record kat Tangkak, Johor. Kalau nak jalan KL, memang kena sediakan duit lebih sebab, bila ko asyik salah jalan, duit minyak bertambah, lepas tu asyik jumpa tol. Masa ni aku habis RM400 jugak padahal aku tak beli apa sangat. Rancanglah perjalanan anda dari sekarang.
Subscribe to:
Posts (Atom)