Tuesday 3 July 2012

Aku bersemangat, manik pulak habiss!

Kalau beli barang takde jenama memang cam haram sikit kualiti. Mula lah aku nak bukak cerita, sebenarnya aku dah lama cari selipar jepun hitam yang versi wedges punya, tapi tak jumpa yang berkenan. Memang aku suka selipar bermanik. Masa jalan-jalan bazar karat kat jb, nampak la selipar ni sebijik macam aku nak. Terus grab. Harga RM40 kalau tak silap. Baru pakai bapa hari, maniknya asyik nak putus je.. Panass betul hati mak noks.

Aku beli selipar jepun manik kat Padini walaauupun tak berapa nak jenama tahan je sampai sekarang, satu manik pon tak tercabut. Dah 2 tahun lebih selipar tu. Tahan sampai sekarang.

Tapi yang ni? Tengoklah, bukan satu tempat. Dua-dua belah selipar macam ni, bila pakai sangatlah macam orang tak mampu nak beli selipar. Tapi aku pakai je sebab tak de masa nak betulkan.

Hari ni aku ada masa, maklumlah baru habis belajar ada aja masa. So, manik yang aku beli hari tu, baru aku guna dan hasilnya

jeng ! jeng ! jeng!!!!

Tukar manik dari yang panjang-panjang kepada yang bulat-bulat. cantik tak? cantik kan? puji i pleaseeee.
Uolls kalau ada selipar atau barang yang dah rosak tapi sebenarnya boleh pakai lagi, jangan membazir nak terus buang je. Fikir cara kreatif supaya benda tu boleh dipakai lagi hokeh.

Ini memang pemalas, aku cari dekat mesin jahit tak ada benang hitam, aku balun benang purple. Padahal kedai runcit dekat je kot. Yang aku paling sakit hati petang tadi pergi kedai manik yang aku beli tapi kaler hitam dah habisss!!! Eeee nak kena cari di kedai lain, malas nak cari, dah la kesayangan ni.

Gambar pakai handphone je kerna kamera digital aku rosak pulak baru-baru ni.

5 comments:

  1. dina cntek..! pndai ko kan..jahotkan aku nye ek..hahah

    ReplyDelete
  2. haha, thankss. jahit sendiri, senang ekh. ko jgn pemalas :)

    ReplyDelete
  3. haha, thankss. jahit sendiri, senang ekh. ko jgn pemalas :)

    ReplyDelete
  4. kreatif kan ko . tp sory to say la . tak boleh nk puji ar .sbb tak cantik . :p

    ReplyDelete
  5. ceittt, tak cantik eh. ahhahah

    ReplyDelete