Tuesday 17 April 2012

Jom pancing dia


hey hey hey

Sebenarnya aku memang banyak kerja tapi kalau dah namanya jadi student pemalas, memang besarkan benda lain daripada buat asignment, psm segala bagai. Perangai gila buruk aku yang langsung tak boleh dibuat contoh adalah memang langsung tak ambil berat pasal study. Aku suka terpaksa buat kerja tima terdesak. Selalu aku pikir kenapa la aku macam ni.

Exam pun tak baca buku lagi-lagi dah final sem ni. perghh! Aku sedar tapi memang dari zaman sekolah memang macam ni. Azam aku nak rajin nak jadi pelajar berguna setiap sem terkubur begitu sajo.

Luckily aku ada kawan yang ambik berat pasal asignment. Bukan asignment dia je yang dia ambik berat, asignment aku pun dia ambik berat. Kalau ko baca ko jangan kembang eh. Ko boleh tulis kat resume kerja, pernah jadi assistant leader untuk subjek Business Strategy.HAHAHA

TAPI malam tadi kiteorang pergi buat something new. Aku memang tak pernah pergi memancing. So ada classmates aku ajak kiteorang pergi mancing ikan. Tempat memancing kat Tasik dekat-dekat dengan International Student Centre UTM Skudai.

Hidup dekat uni ni kena pandai cari life sendiri. Aku?? so so la. kadang ada jugak nak guna kemudahan atau buat aktiviti yang UTM sediakan. Macam main basikal, free je amek kunci kat pejabat pengawal, berkayak, gym, court badminton, swimming, berkuda, and macam-macam lah. Cuma kalau orang pemalas, memang malas nak layan.

Aktiviti malam tadi mula pukul 10 malam.

Kau tau kenapa baju seluar aku basah lencun, nampak banner depan aku, tengah-tengah mancing menunggu. Aku rasa aku nak duduk, aku pun duduk je atas tu. Tempat memang satu lampu pun tak ada. memang gelap, rupanya aku duduk kat tempat air bertakung. perghhhh basah abis la gila, semua basah. Sejuk, masak aku nak menunggu sampai balik.

Ada brader-brader yang guide kiteorang mancing. Aku tak pernah kot gi mancing, harus jakun sikit.

Lepas tunggu ikan tak termakan umpan aku, aku bosan (nampak sangat aku jenis tak menyabor) aku tinggalkan pancing kat tepi tasik. Aku jalan naik atas, kat area tasik ada tempat itik-itik, arnab yang dah jinak. UTM memang lepaskan gitu je.



Kami menang motor
Turun-turun balik kawan aku dah bawak naik ini, tapi senang jugak la dapat ikan. Cepat dapat. Yang besar ambik bawak balik, tapi bukan kiteorang yang bawak, bagi brader-brader tu sebab UTM tak benarkan student bawak segala periuk ke dapur ke untuk masak.

Kalau yang agak-agak kecik tu, lepaskan balik. Campak je dalam tasik balik.

Belajar pasang umpan. Umpan kami guna udang dengan ulat. Guna jugak ikan emas, tapi susah dapat ikan.


See, tekun aku.

 Malu je baju aku basah.



Bangga kawan aku dapat pegang udang kecik, padahal penakut gila ngan udang. Menyauk udang bukan main beria. HAHA

Memancing memang seronok, new experience for me.

3 comments:

  1. last entry ko ad sajerk nk kenekan ak..huhuhu...tu kire pencapaian terbaek ak stakat nie.pgg udang idop2..smpai2 gelap..ak dh pk len dh.xbese den g semak2 cmtu..pastu jdik excitet plak lelme..huhuhu..

    ReplyDelete
  2. haha, takut ah tu. da la lalu bukit gitu, padahal jalan elok ada. nak2 ada 2 lelaki ms tu. hahaha

    ReplyDelete
  3. hahaha!tw xper.kecut perot den sbnornyer time tu..tp wt2 cool.hihu..gatal kene air kotor.tdo tergaru2 kot..

    ReplyDelete