Monday 23 July 2018

Feeding birds

Lama pulak ambil masa nak sambung cerita last week hehe. Sesaja je tengah rajin kan. Ok Ahad pulak pepagi pukul 10 pergi klinik kesihatan sebab Rayyan batuk selsema makin teruk. Tapi doc kata semua ok. Dan dia pun nampak ceria. So balik klinik ada budak tu jadi navigator kat abah dia jalan nak pi Aeon, "abah lalu sana" "abah lalu sini" "aeon, tut tutt" (bunyi train aeon)

 So bawak lah juga.

Haa sampai pun kan. Macam biasa seround train, RM 10. Everytime. Lepastu aktiviti dia lepas train pergi playground main slide ni semua.


Janji anak anak happy abah layan je. Penat camana pun abah akan layan. Cuma jangan buat perangai tak dengar cakap. Naik hanger.. baru cakap "amek hanger", dah kalut sebab memang kita bagi rasa kat kaki kalau kene hanger sakit. Sepatutnya pakai rotan. Tp tu la ke kedai lupa je nak beli. 


Lepas tu dia kata "wow dapat ais kwim" bahagia mama abah dengar belikan aiskrim RM1 pun dia "wow!"


Dah lepas dari aeon, nak pulang baju raya adij ipar hari tu jalan umah dia siap mandi bagai nak g beraya umah sedara. So pulang la kang laki aku dah balik pengerang, bila aku nak ngantor nye. 

Nak cari suka anak-anak, nak dekat kan anak-anak pada haiwan/alam kadang tak perlu yang mahal. Yang free pun ada. Yang penting aktiviti kita, kebersamaan kita. Abah ajak bagi makan burung-burung kat Stulang Laut. 


Bagi makan roti tawar. Tengok diorang sebat je. Hihi




Bukan main happy anak-anak dapat tengok burung banyak.


Lama lama dia main pasir. Basah lekit. Keta pun dah macam ape je kan.. pasrah je la ye bila jadi parents ni. Keta jarang la bersih tip top. 


Bapa anak dua ye. 


Sebelum bagi makan burung, balik aeon lapar giler. So makan kat kedai viral, pekena nasi kak wok. Memang terbaik rasa dia. Sedap dan recommended. 


Tak plan nak makan sini, so sebelum sampai kita beli teh aor derhaka. Ada lagi satu belum minum. So kami tak order air. Sini konsep dia teh ais berbuih buih buih tumpah. Nasi kak wok jalan kebun teh jb plg sedap. 

Kita kadang tak perlu guna duit banyak nak pergi bahagiakan keluarga. Banyak lagi aktiviti keluarga yang percuma. Yang pntg kita rasa bahagia, susah senang bersama. Alhamdulillah syukur. 

Tq husband selalu jaga hati perasaan isterimu. Moga kamu dipanjangkan umur, sihat tubuh badan, dimurahkan rezeki, setia dan sayang selalu, disamping saya, keluarga, dan anak anak. 

No comments:

Post a Comment