Monday 30 June 2014

As a new staff

In Sha Allah, tomorrow i will be a new staff in CIMB Bank Bhd.

Wish me luck.

Aim kumpul duit kahwin.

Main trading kalau ada kaunter best. Tapi persoalannya ada masa ke. Kalau masuk bank besar ni faham-faham je la.

Mental tak mental je. Sedangkan kawan aku mak dia kerja bank pun tak bagi anak dia masuk banking line. Kebiasaannya yang masuk bank ni aku tengok mental kuat je. Ke sama macam aku dalam keterpaksaan hati kuat padahal ada juga bahagian rapuhnya.

Nama pun kerja ye dak?

Nak senang duduk umah- tidur.

Sunday 29 June 2014

1st Ramadhan

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Nampak sangat tak ada benda nak buat. Kene puasa segalanya. Amiin.

Ramadhan ni da bergelar tunang Ijul. Eh demam menunang tak habis lagi rupanya. Tabah je la baca cerita nye.

Comei jugok pakai cincin double gitu.

Tak ada tempat nak menghupdate maka blog la tempat membebel terbaik untuk cerita kenangan since sini lebih privacy. :)

Sudah berlangsung

Alhamdulillah selamat menjadi tunangan orang. Tapi serius segan. Bukan segan apa, nak ngaku2 status tu kat depan orang memang tak la. Tapi tak pasti org lain siap setiap kali tulis ke apa ke en.tunang jd nickname. Haha. Masing-masing kan.

Yang penting Alhamdulillah dah selesai even ada lah beberapa perkara yang tak ikut kita punya plan. Tak apa lah dah jadi.

Keep secret and just keep silent as long as silent mode haha. Pasangan mana yg nak keep relationship di abad ni? Bilang. Social media berlambak-lambak. Siapa tak teringin berkongsi gembira pada orang? Tapi tu kita tahan dulu utk kebaikan bersama dan sejagat. Mampu, sejagat terkeluar haa.

That is the one thing that i learn from him. Itu lebih baik. Cool sudah. Se cool cool aku cool lg dia. Satu kawan pun tak tahu. Fikir-fikir sedih juga. Tapi bab tunang actually memang tak perlu org tahu pun.

Cerita pasal hari tunang next entri la sebab tunggu transfer gambar bagai.

Friday 27 June 2014

Hari ini

Saya bertunang ♡.

Eh eh eksaited jugok. tp segan nyeee la haii. Macam tak percaya ada jugak. :) birah betul. haha

Sy buat sesimple. Kekecik. Family-family je. And beberapa kawan perempuan sahaja.

Loves,

Tuesday 24 June 2014

I dengan bola sepak

Lamo dah tak mengupdate since tak ada topik yang nak dibebelkan sebab kalau ada pun cerita cinta mekar setaman tak habis-habis padahal yang aku nak story pun ada la kene mengena sikit dengan mat rah-ijul.

Last Friday ijul ajak pergi tengok bola Jdt menentang Kelantan semi final piala apa ek. Tadi baru die cakap, kang tanya balik sekarang kite kene mawah sebab aku selalu tak alert. kehkeh. Awak kalau depan kite memang kite fokus kat awak je. Harap memahami dan dapat pertimbangkan alasan ni.

Ok2. lets, Ni first time aku tengok bola sepak 90minit dan first time pergi stadium tengok bola live. Kiteorang pergi dengan family kak ngah, tapi ijul not join us at the same seat. Dia pergi dengan kawan-kawan dia yang ijf katanya. Tak pe, iolls tak kesah asalkan bukan perempuan, dan asalkan bukan penyokong ngap sayot. Ni macam berbaur cemburu ni. Ofkos iolls kan sayang dia. wah gittew nampak ahkak kan.haha. 

This is Larkin. Stadium Tan Sri Dato Hassan Yunos. View terbaik sebab jelas. Oleh kerana tiket grand stand dah habis maka, duduk la open ye.

Best rupanya attend kan. Aku paham je la mana suka sangat pergi tempat bersesak-sesak belengas bagai. Rupanya Jom Heboh sepanjang hidup aku cuma pergi 2kali lagi teruk dari kene beratur masuk stadium. Tak ada la bersesak sangat as long as u beratur ok je semua.

Stadium tak pernah senyap. Ada saja cheers kan for Jdt.
Tetibe jadi minat pulak kan.

Gambar yang perlu diupdate dilaman sosial mahupun dilaman rindu perlulah ayu tahap maksima.

Padahal masa tengok muka saling tak tumpah macam makcik sangat bila kene pakai spek. Nampak muka aku tua macam sebaya dengan mat rah,iols baru 22. Ni pun dah tak berapa jelas, next spek please.

Havoc havoc. 

Jdt menewaskan Kelantan dengan 3-0. Berlaku sedikit kekecohan but all of that is under control.

Awok, lain kali ada game ajok kita lagi eh. eh eh.gedik ke idok?

Eh tu je nak merepek? ye, itu je.

Friday 13 June 2014

Girls rant

Settled payment dekat bridal. Alhamdulillah. Tak sabaq ghasa di hati ni. Tapi tu bukan topik utama perbincangan semalam.

Kat mana lagi tempat lepak aku dengan bekas engineer praktikal yang kini dah memang secara khasnya jadi engineer, kalau bukan dekat kedai nasi lemak putra kalau dah tak ada idea sangat nak makan. Sebab dekat situ je kebanyakan hari aku boleh makan habis mi kari dia sambil tunggu makcik rock bawak moto pakai tudung tutup dagu jambul terkeluar nak beli sayur dekat kedai hujung. Angin kuat sikit, tudung nak terbang barulah gelabah tahan tudung. Makcik yang selalu bawa tak pasti cucu atau anak, yang suka parking moto dekat tempat letak kereta dan bila start motor mengalahkan mat rempit tegar nak pergi race haram. Tapi tu pun bukan topik kedua utama yang kitaorang sembang semalam.

Jadi apa kau nak sampaikan lehenet?
Haha, sabaq.

Balik makan dalam reta sembang la pasal lelaki perempuan keluarga. Beselah umur angka begini memang family planning je banyak topiknya. Ni pun gara-gara dengar iklan Aaron Aziz  kat radio.

Aku cakap la, "Tengok eh aaron aziz ni kira paling popular ada rupa tapi tak ada gosip pun curang ke ada perempuan lain ke. Aku rasa yang die tahu, ok kerja berlakon bla bla balik tu fokus ngan family. Tipu la kalau tak ada pempuan kejar offer itu ini kat dia. Macam artis lain yang curang skandal tu, memang belum kantoi, tapi sebenarnya diaorang cari masalah sendiri. Bila kantoi kan namanya jadi masalah. Sepatutnya diorang pikir gitu kan?"

Maaf ayat aku memang fokus on lelaki sebab yang bercakap ni perempuan. Aku tak bias, sebab banyak jugak perempuan pun sama; betul? Maksud aku ni boleh guna pakai terhadap mesej yang aku nak sampaikan.

Kawan aku pun bagi pendapat, tak kira lah lelaki ke perempuan yang dah kawin, kalau dah banyak sangat tengok benda haram plus supplement dari syaitan nirrojim; yang halal bagi dia jadi tak seronok. Ni semua game syaitan kot. Yang penting ni agama la, agama bukan maksud die sembahyang je, maksudnya tanggungjawab dia, hak-hak isteri/laki, dengan family dia.

True that friend.

Aku pun bukannya bagus sangat nak bercerita benda-benda gini. Tapi ya, kita kena fikir jugak. Banyak aspek tapi ni one of that dear.

Tuesday 10 June 2014

tapiii

Serious la tengah tak ada idea nak tulis pasal ape kebendenyeeeee.

Jadi marilah kite mengarut.

Semalam cimb call aku byk kali ckp nak post dekat umah aku pastu tukar jauh sikit, lepas tu jauh betul yg buat aku kene cari rumah sewa dan menghadapi fasa-fasa kejauhan jarak dari rumah dan cinta kite. wakaka. mencik la nak jiwang benau. maluuu. ok jangan birah sangattt.

Sekarang aku tengah fikir ni. boleh je nak accept kan.

Dan yg ke 2 nye, im counting the stars right now. Ah tak saba, ah tak saba. haha. InsyaAllah kalau tak ada aral melintang, one step forward end of this month.

Ketiga nya, kebahagiaan hak milik setiap insan.

Keempat, aku lapar. tadi aku da ingat da aku lapar, nak buat roti kapit telur. Sekarang aku da ingat balik dan aku nak g makan dulu.

ni la budak yang tak rela handphone dia di download camera 360. takpe, takde 360 pun kite sayang la. 
ok dah bye.mata tak yah nak jegil sangat. :)

Tuesday 3 June 2014

Semalam

Aku tak tahu pun nak buat apa sekarang, padahal boleh je kau terus siapkan kemas bilik, ni kau buat separuh-separuh; padahal boleh je kau kemas dapur, padahal boleh je kau sembahyang lepas tu baca quran lama-lama, padahal boleh je kau baca buku-buku ilmiah, padahal boleh je kau tengok movie. Kau cakap kau tak tahu nak buat apa? dina, manusia punya pilihan. dan sekarang aku memilih untuk baring tak berbuat apa tapi mengupdate untuk merepek.

Yang option lain nanti aku buat.

Semalam aku pergi betulkan bumper kereta aku sebab masa nak parking aku dengan konfiden level tahap infiniti aku pusing stereng, bumpp! langgar tangga Mydin Hypermarket. Tercabut terus bumper sebelah depan. Ok terus repair. Lama, almost 1hour atau lebih?

Kedai kimpalan dan mengecat Hee Huan ke sape entah namanya. Lupa.

Tengah aku tunggu ada sepasang laki isteri bincang dengan tokey kedai nak welding kaki payung niaga diorang. Aku tengok besinya macam dah buruk, da nampak karat. Tu aku tengok dari jauh, kalau dari dekat?

Aku tengok lama, ye la kite ni selagi boleh guna selagi elok selagi tak menyusahkan, selagi boleh diperbaiki, baiki lah, selagi boleh tahan, tahan lah. Cari alternatif untuk kita baiki tu. Sebab sayang, sebab dah banyak jasa.

Samalah dalam hubungan pun kan? so before nak buang sesuatu fikir banyak kali, tapi kalau kau dah nampak memudaratkan, kau buang, terus kau selam jasad dan rohani kau dalam lautan bahan kimia penjernih.

Masih boleh

Hari ni buka tingkap besar-besar untuk tukar udara Malaysia yang dah bercampur polusi tapi sedikit sebanyak bolehlah aku rasa refresh sementara arjuna beta sampai.

:p

Sunday 1 June 2014

Wedding with him

Lama dah tak mengepoh apa I buat sambil sharing gambar. Kadang nak upload gambar dekat semua social networking ni, biasalah takut ada yang sakit hati dan sengaja dengki. Manusia.

So jom nak bebel pasal wedding semalam, ni first wedding yang aku attend bersama. Faham-faham je la bersama siapa- Ijul.

Rombongan Skuad Helmy ke?

Wedding sekarang berphotobooth bagai. So rombongan skuad Helmy tadi tabah bergambau. Haha.

Pika • Kak Ngah • Iolls

Ucapan haruslah berjemaah.

Ijul cakap i anak buah faizal tahir. Tak memasal kan.

Balik wedding, kak ngah ajak lepak pantai pontian sambil makan ice cream. 
"Ni kak ngah bagi korang bercinta kejap.haha"
How was a sporting akak. So blessed.

Abang skuad ni memang kene paksa berdiri dekat batu yang rendah supaya nisbah ketinggian i dengan dia tak jauh beza.ngeee.

Such a wonderful moment.

:)